Tuesday, March 27, 2007

Marah Tidak Menyelesaikan Masalah

Mula-mula saya judulkan tulisan ini, Apalah Gunanya Marah – tetapi datang pula fikiran-fikiran yang lain di akal yang berbunyi, “Marah sangat berguna. Eiii, marah ni penting.” Ya, saya akui marah sangat berguna pada tempat dan waktu tertentu tetapi sangat tidak berguna pula pada tempat dan waktu yang lain. Misalkan saja begini, seorang anak yang berumur 8 tahun tiba-tiba pulang dengan sekeping wang RM50 yang dia curi di sebuah kedai makan waktu pulang dari sekolah. Di sini, marah si ayah sangat perlu untuk memberi didikan dan pengajaran kepada anak itu bahawa mencuri adalah perbuatan merampas hak orang lain, yang juga perbuatan keji, tidak berakhlak dan berdosa. Itu pun marah si ayah tidak boleh sampai melukakan si anak, jauh sekali sampai membunuhnya. Tapi, yang mahu saya perjelaskan sekarang ialah tentang sastera. Iaitu tentang program sastera yang telah banyak kali saya hadiri.

Dan pernah juga saya pun turut ikut serta sebagai urus setia. Bila beberapa kali ikut serta dalam pelbagai acara dan program sastera di peringkat negeri dan kebangsaan ini, saya lihat macam-macam resolusi yang dibuat di akhir program yang membuatkan saya terfikir – setakat manakah keberkesanan semua resolusi yang disenaraikan itu. Maka dari situlah saya tulis rencana Apa kesudahannya resolusi? itu. Ia merupakan sambungan dari rencana saya yang tersiar dalam majalah MASA edisi Mac 2006 seperti mana yang saya sebutkan dalam tulisan di Mingguan Malaysia itu. Kalian mesti membaca kedua-duanya untuk memahami dengan lebih jelas apa yang saya cuba sampaikan. Kalau saya berada di tempat si ayah yang anaknya mencuri tadi, memang sangat perlu saya marah. Tapi dalam sebuah tulisan yang mahu mengajak orang berfikir, memang sangat tidak perlu untuk saya marah.

Fikiran-fikiran yang muncul kemudian inilah yang membuatkan saya mengubah judul tulisan saya ini kepada Marah Tidak Menyelesaikan Masalah, yang saya kira lebih agak tepat berbanding judul yang awal, yang sedikit tidak tepat.

Saya terkejut apabila menerima perkhabaran bahawa ada teman-teman di Dewan Bahasa dan Pustaka yang tersentuh dengan rencana saya yang tersiar di Mingguan Malaysia itu – iaitu ketika saya sedang sibuk bersama anak-anak Akademi Sastera Siber (AKSES) 2 di Perdana Resort, Kota Bharu pada 10 – 12 Mac 2007. Rencana itu tersiar dengan judul Apa kesudahannya resolusi? dalam Sudut Sastera, Mingguan Malaysia, 11 Mac 2007. Ada yang kata saya marahkan DBP dengan rencana itu. Saya memang betul-betul terkejut. Saya sendiri tak pernah terfikir pun sampai ke situ, kerana itu saya terkejut. Sebetulnya, berhari-hari selepas itu baru saya mendapat tahu bahawa ada teman-teman di DBP yang tersentuh dengan rencana kecil saya itu, iaitu setelah seminggu lebih ia tersiar.

Setelah menerima perkhabaran itu, saya segera meneliti semula rencana itu. Melihat takut-takut ada bahasa saya yang kasar atau kurang ajar. Ternyata saya tidak menemukan kata-kata yang boleh memedihkan telinga dan menyakitkan hati sesiapa di dalamnya. Kerana sebelum mengirimnya lagi, saya sudah pastikan saya tidak kurang ajar dalam tulisan saya. Begitu juga dengan tulisan-tulisan saya yang lain. Dan demi Allah, memang langsung tidak ada rasa marah pada sesiapa pun ketika saya menulis rencana kecil itu.

Sehabis menulisnya saya teliti lagi dan lagi. Dan memang tidak ada sebesar kuman pun rasa marah ketika saya menulisnya, apa lagi untuk marahkan pihak DBP. Ketika menulisnya pun, memang saya tak terfikir langsung untuk marahkan sesiapa. Saya menulisnya sebagai seorang penulis. Penulis yang akan terus memikirkan sesuatu yang berguna untuk agama dan masyarakatnya. Ini membuatkan saya sangat terkejut apabila ada teman-teman yang kata, saya marahkan DBP dengan tulisan itu.

Tidak ada sebesar zarah pun rasa marah kepada sesiapa ketika saya menulis rencana itu. Kalau saya marah pun, apalah faedahnya. Buat apa saya perlu marah, ia tak menyelesaikan apa-apa masalah. Bila saya meluahkan kemarahan saya dalam tulisan itu, orang yang kena marah pun pastinya akan membacanya dengan marah juga. Apabila sebuah tulisan ditulis dengan rasa marah, ia pasti akan dibaca dengan marah juga dan kesannya pun tentunya kemarahan sahajalah. Maka tulisan yang ditulis dengan marah itu hanya menimbulkan sekian banyak kemarahan yang lain pula. Habis, kalau semua sudah marah-marah – maksud sebenar yang ingin saya sampaikan dalam tulisan saya itu pasti tidak sampai kepada pembaca kerana mereka semua sudah marah-marahkan saya yang menulisnya. Tulisan saya itu pasti akan habis begitu sahaja bila saya menulisnya dengan marah-marah.

Pada saya, tulisan yang ditulis dengan marah-marah itu gagal sebagai sebuah tulisan yang berguna. Ia hanya tinggal tulisan berupa dakwat cetakan di atas kertas surat khabar yang kemudiannya hanya dibuat pembungkus makanan atau pelapik hidangan. Aduh, membuang masa sahajalah kalau saya menulis tulisan yang marah-marah yang hanya, pasti tinggal marah-marah itu sahajalah. Dan yang membacanya pun jadi marah-marah juga. Itu sahajalah kesan yang wujud, menjadikan semua yang membacanya bersifat pemarah yang saya sangat pasti, langsung tidak menyelesaikan masalah.

Dalam tulisan saya – seperti yang selalu saya tegaskan, saya mahu mengajak diri saya sendiri dan orang yang membacanya sama-sama berfikir dan merenungkannya. Dan kita sama-sama melaksanakannya pula. Kesan yang paling besar kepada sebuah tulisan ialah perlaksanaannya, bukan sekadar habis di kertas begitu sahaja. Begitulah juga dalam tulisan-tulisan saya yang akan datang pun, saya akan terus mengajak kita semua untuk terus berfikir dan berfikir. Selepas orang berfikir dan berfikir, kesannya yang saya tunggu adalah perlaksanaannya. Bukankah penulis itu pemikir?

Saya amat berharap, tulisan ini memberi penjelasan yang amat terang lagi bersuluh kepada semua pihak, termasuk untuk diri saya sendiri juga. Maaf sekali lagi, kepada teman-teman yang tersentuh dengan tulisan saya di Mingguan Malaysia itu. Dan terima kasih juga kepada teman di DBP, kerana ada yang telah sedia maklum dan kekal memahami dan tolong memberi penjelasan kepada teman-teman lain yang kata saya marah. Dia tahu dan memahami bahawa Salman Sulaiman bukan jenis yang marah-marah tak tentu hala. Dan saya juga amat berharap sangat, supaya anda semua membaca kembali kedua-dua tulisan saya berkenaan resolusi itu. Bacalah kedua-duanya berkali-kali, lagi dan lagi. Sesudah itu saya pasti, anda akan tahu bahawa saya memang tidak marah.

Dan, dengan penjelasan yang panjang lebar ini, jangan ada yang kata saya marah-marah pula. Demi Allah, saya memang tidak marah. Saya cuma mahu terus mengajak kita semua untuk terus berfikir dan berfikir dan berfikir...



Salman Sulaiman
Teratak Seni, Padang Raja,
Machang, Kelantan.
11.54 pagi, 27 Mac 2007.
8 Rabi’ul Awwal 1428 H.
[Selasa yang cerah].

Thursday, March 08, 2007

Jumpa Anda di Akademi Sastera Siber 2007

Sesudah solat jumaat petang esok, saya akan mula berangkat ke Perdana Resort, Kota Bharu – mengadakan persiapan awal bersama teman-teman tenaga pengajar dan urus setia Akademi Sastera Siber (AKSES) 2007 sebelum memulakan sesi akademi tiga hari dua malam kami bermula 10 hinggalah 12 Mac ini.

Alhamdulillah, lawak jenaka kami para fasilitator dan urus setia ketika AKSES 1 waktu saat-saat akhir sebelum berpisah di Hotel Perdana tahun sudah supaya AKSES seterusnya dibuat lebih lama, tiga hari dua malam misalnya – kini telah menjadi kenyataan, dengan penganjuran AKSES 2 di Perdana Resort kali ini. Ketika itu kami hanya berjenaka, tapi tak sangka pula ia menjadi kenyataan di AKSES 2 ini.

Maklum saja, terlalu banyak yang nak diberitahu dan terlalu banyak juga yang tak sempat diberitahu dalam sehari akademi. Waktu yang singkat sekadar sehari untuk belajar menulis puisi dan sekali gus mendeklamasi memang tidak cukup.

Insya-Allah, kali ini para peserta akan dididik dengan lebih teratur selama tiga hari dua malam akademi itu nanti. Moga-moga akan lahir penulis-penulis baru dan belasan tahun yang akan meneruskan kesinambungan kerja penulisan.

Dan untuk anda, boleh membeli dua buah buku terbaru saya di sana nanti – ‘Ngembara ke Utopia Republik Cinta Sesudah Letih Menjadi Lelaki dan Sebelum Menjadi Penakut. Khas sempena AKSES 2, saya jual dengan harga istimewa iaitu;

1 – ‘Ngembara ... = RM12

2 – Sebelum Menjadi Penakut = RM8

Harga istimewa ini, hanya untuk AKSES 2 sahaja.


Juga dua buku yang lain;

3 – Kumpulan puisi Candu karya Azman Hussin = RM8

4 – Kumpulan puisi Pemain Bahasa karya Salman Sulaiman = RM6

Dua buah buku terbaru saya ini juga boleh dibeli malam esok (jumaat) di Rumah PENA, Kuala Lumpur dengan Nasriah Abdul Salam (penyair muda) yang akan membuat pengakuan pada malam Baca Puisi PENA-Dewan Sastera, 9 Mac 2007 (malam).

Sabtu, 10 Mac 2007 (pagi) – anda juga boleh berkunjung ke UPM kalau berkelapangan, berlangsungnya majlis diskusi Sebelum Menjadi Penakut bersama dua lagi buku puisi. Untuk teman-teman yang bakal menghadiri, selamat berdiskusi.

Anda juga boleh melihat kemaskini terdahulu di blog ini atau lihat ruangan biodata saya di sebelah
untuk membeli buku-buku saya secara on line. Dan untuk teman-teman penulis siber dan pelajar-pelajar lama dan baru di akademi, kita jumpa di Perdana Resort, Kota Bharu. Pantai Cahaya Bulan, tunggu – kami datang!



Salman Sulaiman
Teratak Seni, Machang.
12.39 tengah hari, Khamis.
8 Mac 2007 [18 Safar 1428 H].

Wednesday, March 07, 2007

Beli Dua Buku Terbaru Saya Di Sini

Buku yang sekian lama saya sendiri nantikan, kini telah terbit, setelah berbelas atau berpuluh kali berulang-alik ke Kota Bharu untuk urusan edit dan kerja-kerja akhir sebelum dicetak. Anda boleh belinya di sini.


1. 'Ngembara Ke Utopia Republik Cinta Sesudah Letih Menjadi Lelaki [antologi cerpen cinta, duet bersama Jimadie Shah Othman. Mengandungi 14 buah cerpen, 7 cerpen Salman dan 7 cerpen Jimadie] - RM 15.

2. Sebelum Menjadi Penakut [kumpulan puisi persendirian] - RM 10.


Ini pula dua buah buku yang masih boleh dibeli dengan saya;

Pemain Bahasa [kumpulan puisi pertama Salman Sulaiman] - RM 6.

Candu karya Azman Hussin [kumpulan puisi] - RM 8 + belanja pos - RM 3.


Pembelian boleh dibuat dengan cara 'bank in' ke akaun;

Bank Islam [BIMB] No. Akaun : 03045020046433

Atas Nama : Mohd Norbusalman Sulaiman


atau


Bumiputera Commerce [BCB] No. Akaun : 03030063860522

Atas Nama : Mohd Norbusalman Sulaiman


atau


Bank Simpanan Nasional [BSN] No. Akaun : 1014329000004373

Atas Nama : Mohd Norbusalman Sulaiman


atau


dengan wang pos atas nama Mohd Norbusalman Sulaiman ke alamat

No. 170, Kampung Padang Raja, 18500 Machang, Kelantan.


Sertakan nama & alamat anda untuk penghantaran. Bila telah di 'bank in', hubungi saya dan smskan nama & alamat anda untuk penghantaran. Tapi, saya lebih suka dan lebih senang jika anda masukkan bayaran melalui Bank Islam, kerana sebaik saja wang dimasukkan ke akaun saya, saya akan menerima sms pemberitahuan oleh Bank Islam. Ini sebagai bukti anda telah membayar dan bolehlah saya terus poskan buku yang anda pesan.

Tapi, saya tak kisah kalau anda guna BSN atau BCB atau wang pos pun. Terserah, janji ia memudahkan anda untuk memiliki buku-buku saya.

Saya boleh dihubungi di;

017-4163680 & 019-9040025 [boleh kedua-duanya].

Ingatan, tolong jangan segan-segan untuk bertanya dan berbual dengan saya. Saya akan cuba memberikan layanan terbaik buat anda semua.


Faks : 09-9757008

LAMAN WEB :

www.salmansulaiman.cjb.net & www.pemainbahasa.blogspot.com

E-mel :

pemainbahasa@hotmail.com & salmansulaiman@yahoo.com.


Senang bukan, oleh itu, tunggu apa lagi. Beli segera sebelum kehabisan.


Ribuan terima kasih diucapkan kerana mendapatkan perkhidmatan di Teratak Seni, Machang.



[Sumber: Disalin dari www.pemainbahasa.blogspot.com]




Yang cintakan kebenaran,

Salman Sulaiman
Teratak Seni, Machang.
10.51 pagi, Rabu.
7 Mac 2007 [17 Safar 1428 H].