Thursday, March 08, 2007

Jumpa Anda di Akademi Sastera Siber 2007

Sesudah solat jumaat petang esok, saya akan mula berangkat ke Perdana Resort, Kota Bharu – mengadakan persiapan awal bersama teman-teman tenaga pengajar dan urus setia Akademi Sastera Siber (AKSES) 2007 sebelum memulakan sesi akademi tiga hari dua malam kami bermula 10 hinggalah 12 Mac ini.

Alhamdulillah, lawak jenaka kami para fasilitator dan urus setia ketika AKSES 1 waktu saat-saat akhir sebelum berpisah di Hotel Perdana tahun sudah supaya AKSES seterusnya dibuat lebih lama, tiga hari dua malam misalnya – kini telah menjadi kenyataan, dengan penganjuran AKSES 2 di Perdana Resort kali ini. Ketika itu kami hanya berjenaka, tapi tak sangka pula ia menjadi kenyataan di AKSES 2 ini.

Maklum saja, terlalu banyak yang nak diberitahu dan terlalu banyak juga yang tak sempat diberitahu dalam sehari akademi. Waktu yang singkat sekadar sehari untuk belajar menulis puisi dan sekali gus mendeklamasi memang tidak cukup.

Insya-Allah, kali ini para peserta akan dididik dengan lebih teratur selama tiga hari dua malam akademi itu nanti. Moga-moga akan lahir penulis-penulis baru dan belasan tahun yang akan meneruskan kesinambungan kerja penulisan.

Dan untuk anda, boleh membeli dua buah buku terbaru saya di sana nanti – ‘Ngembara ke Utopia Republik Cinta Sesudah Letih Menjadi Lelaki dan Sebelum Menjadi Penakut. Khas sempena AKSES 2, saya jual dengan harga istimewa iaitu;

1 – ‘Ngembara ... = RM12

2 – Sebelum Menjadi Penakut = RM8

Harga istimewa ini, hanya untuk AKSES 2 sahaja.


Juga dua buku yang lain;

3 – Kumpulan puisi Candu karya Azman Hussin = RM8

4 – Kumpulan puisi Pemain Bahasa karya Salman Sulaiman = RM6

Dua buah buku terbaru saya ini juga boleh dibeli malam esok (jumaat) di Rumah PENA, Kuala Lumpur dengan Nasriah Abdul Salam (penyair muda) yang akan membuat pengakuan pada malam Baca Puisi PENA-Dewan Sastera, 9 Mac 2007 (malam).

Sabtu, 10 Mac 2007 (pagi) – anda juga boleh berkunjung ke UPM kalau berkelapangan, berlangsungnya majlis diskusi Sebelum Menjadi Penakut bersama dua lagi buku puisi. Untuk teman-teman yang bakal menghadiri, selamat berdiskusi.

Anda juga boleh melihat kemaskini terdahulu di blog ini atau lihat ruangan biodata saya di sebelah
untuk membeli buku-buku saya secara on line. Dan untuk teman-teman penulis siber dan pelajar-pelajar lama dan baru di akademi, kita jumpa di Perdana Resort, Kota Bharu. Pantai Cahaya Bulan, tunggu – kami datang!



Salman Sulaiman
Teratak Seni, Machang.
12.39 tengah hari, Khamis.
8 Mac 2007 [18 Safar 1428 H].

2 Comments:

At 12:07 AM , Blogger Hani said...

Tuan, nak baca kamu sepanjang catatan akses 2 :D

 
At 12:08 AM , Blogger Hani said...

*Eh, salah taip. Maaf. Lintang-pukang pulak. Maksud saya, nak baca CATATAN kamu sepanjang akses 2 di PCB tu :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home